KAEDAH PEMILIHAN KERUSI RODA YANG TEPAT
KAEDAH PEMILIHAN KERUSI RODA YANG TEPAT
Kerusi roda boleh membantu pergerakan warga tua yang tidak mampu berjalan, obesiti, orang kelainan upaya dan seangkatannya. Kerusi roda yang mempunyai ciri-ciri khas ini dapat memudahkan pengguna melakukan aktiviti harian dengan bebas seperti bersekolah, bekerja, bersukan dan pelbagai aktiviti harian yang lain. Kerusi ini boleh meningkat keyakinan pengguna dengan menikmati kehidupan yang sama seperti manusia normal.
Sebelum pengguna membuat pilihan untuk membeli kerusi roda, ada pelbagai kaedah pemilihan kerusi roda mengikut kriteria atau kehendak pengguna. Sebelum pergi lebih jauh, kami akan menerangkan 5 jenis kerusi roda.
- Kerusi roda umum (Standard Wheelchair)
- Kerusi roda Aluminium
- Kerusi roda Aluminium Ringan (Light Weight Aluminium Wheelchair)
- Kerusi roda boleh laras (Recliner Wheelchair)
- Kerusi roda tandas (Commode Wheelchair)
Sekarang, kami senaraikan kaedah pemilihan kerusi roda yang tepat.
Tempat sandar untuk tangan (Arm Rest)
Bagi kerusi roda umum, tempat rehat lengan adalah tetap bermaksud tidak boleh dicabut. Bagi kerusi roda jenis lain, ianya boleh dinaikkan ke atas, diterbalikkan 180° dan dicabutkan.
Tempat Rehat kaki (Foot rest)
Sama seperti Kerusi roda umum, tempat rehat kaki kebanyakannya adalah tetap. Bagi kerusi roda yang lain jenis, ianya boleh diangkat sehingga 90°, dicabut dan boleh dilaras ketinggiannya.
Terdapat beberapa jenis tempat rehat kaki.
- Plastik
Ini yang biasa kita lihat di kerusi roda umum. Kelebihannya adalah ringan tetapi kekurangannya adalah mudah patah.
2. Logam
Sekarang, ianya sudah jarang digunakan.. Banyak kekurangan antaranya ianya keras dan tajam. Namun, untuk kegunaan sekarang, sudah diubah kepada tumpul dihujung tempat rehat kaki.
Tayar
Jenis tayar | Kelebihan |
Tayar mati | ● Tidak perlu dipam ● Lebih tahan lama |
Tayar hidup | ● Lebih tebal ● Bunga/ Tidak berbunga |
Rim/Roda
Jenis Rim/Roda:
- Roda Spoke (Spoke wheel/rim) – ini kebiasaan yang ada dipasaran
- Roda Mag atau lebih dikenali sebagai Sport Rim
- Roda Perlepasan Pantas (Quick Release Wheel) bermaksud boleh ditanggal dengan serta merta.
Brek
Brek berada di dua tempat. Pertama, di bahagian ‘Attendance’ bermaksud brek tangan berada di bahagian tempat tolak kerusi roda, selalunya di bahagian ‘handle’. Kedua, brek tangan berhampiran roda.
Tempat Rehat Kepala (Head Rest)
Tempat rehat kepala kebanyakannya berada di ‘Recliner Wheelchair’ tetapi tempat rehat kepala boleh diubah suai pada kerusi roda jenis lain mengikut kemahuan pengguna.
Lapik Kerusi (Cover Seat)
Jenis Lapik Kerusi | Kelebihan | Kekurangan |
Canvas | ● Panas – kebiasaan until kegunaan hospital ● Kalis air | ● Tiada |
Kain tebal | ● Tidak panas | ● Tidak kalis air ● Tidak boleh dibawa mandi bersama pengguna |
Seat Mesh | ● Jenis berlubang – Sejuk dan berangin apabila duduk diatasnya ● Lebih tebal ● Selesa | ● Tidak boleh dibawa mandi bersama pengguna |
Tayar depan kecil
Tayar depan kecil kerusi roda adalah jenis castor. Ia mempunyai pelbagai saiz (8 inci, 12 inci ) dan saiz ini bergantung pada ketebalan tayar kerana apabila semakin tebal tayar, semakin tahan lama dan stabil. Ia juga bergantung pada kerusi roda jenis kegunaan harian dan boleh diubah suai pada kerusi roda jenis yang lain.
Saiz tempat duduk
Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun yang berbadan normal, saiznya adalah 12-14 inci. Bagi orang dewasa atas 12 tahun pula adalah 16 inci, 18 inci, 20 inci, 22 inci, 24 inci dan 28 inci mengikut berat badan dan ianya juga tahan lasak. 20 hingga 28 inci kebiasaannya untuk pengguna yang berat di atas 130KG.
Palang Silang
Terdapat kerusi roda yang mempunyai 1 palang dan 2 palang. Sekiranya mencari kerusi roda yang tahan lasak, palang silang haruslah tebal kerana kekuatan palang silang bergantung pada ketebalannya. Jika palang silangnya tidak tebal dan penggunanya adalah orang yang berbadan berat, palang silang itu akan cepat bengkok.
Aksesori
ii. Kusyen
- Terdapat kerusi roda yang didatangkan dengan kusyen.
- Terdapat sesetengah kerusi roda yang perlu dibeli dan diubah suai
Jenis kusyen
- Form yang berbentuk petak
- Udara Pneumatik: boleh dipam dan berjenis PVC
ii. Tali pingang keselamatan : boleh di ubah suai mengikut permintaan
Jenis tali pingang keselamatan
- Umum bagi pesakit strok dan mudah terjatuh.
- Butterfly Harness untuk melindungi badan bahagian dada pesakit dan bergantung pada pilihan pesakit.
Sekarang kami sedang mengadakan Jualan Gudang Virtual Darurat di Facebook page Southern Crescent. FACEBOOK LIVE VIRTUAL DARURAT SALE 2021 merupakan sebuah majlis jualan gudang secara ‘virtual’ anjuran Southern Crescent Sdn Bhd. Melalui program ini, terdapat pelbagai produk medikal dan juga rehabilitasi dijual pada harga diskaun sehingga 90% sepanjang majlis berlangsung daripada 1 Februari sehingga 28 Februari 2021. Program ini bekerjasama dengan MyHealthcare Shoppe, Kawan Hantar, Poliklinik Dr Kiran Seremban 2, Seremban Occupational Therapy Services dan Karma Wheelchair.
Anda berpeluang memenangi cabutan bertuah Kerusi Roda Bermotor dengan cara menyertai live kami setiap hari dari 8 – 28 Februari 2021 dan kongsikan live itu kepada rakan-rakan anda. Anda juga boleh dapatkannya di kedai rakan penaja kami, MyHealthCare Shoppe bertempat di No.4 Jalan Toman 2, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Dibuka jam 9:30 pagi sehingga 6:30 petang dari hari Isnin sehingga Jumaat dan 9.30 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu. Boleh hubungi kami di talian 019 919 9334 untuk maklumat lanjut.
4 comments on “KAEDAH PEMILIHAN KERUSI RODA YANG TEPAT”
shorrig
If patient responds to medical therapy perform a stress ECG to assess need for catheterizationrevascularization. Ubyphv https://newfasttadalafil.com/ – Cialis Zithromax 600 Mg Dosage Phjprq Cialis Viagra Low Cost Mrclmq https://newfasttadalafil.com/ – buy cheap generic cialis uk Gyebdt
Admin SC
Thank you for your Interest at our website, glad that it’s useful for community.. thank you also for the some advice that we could use someday 🤗🤗🤗
Coinilend
Christoper, USA 2022 05 20 16 05 20 lasix cost No consensus view has emerged on markers that precisely define the cells, nor on their capacity for self renewal and potential for forming cardiomyocytes versus other lineages e
Admin SC
Thank you for your Interest at our website, glad that it’s useful for community🤗🤗🤗